RawatanSyahadah Online:-

Monday, October 19, 2009

Penyakit / Gangguan Kronik

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Saran kali kita mendengar kes pesakit berjumpa sehingga lebih daripada 100 perawat tetapi  mengalami kesukaran untuk mengubati penyakit/gangguan yang dialami. Ada juga kes sehingga perawat pula mengalami bahana disebabkan mengubat pesakit tersebut.

Adalah sukar bagi perawat untuk menangani gangguan yang kronik dan yang tiada kesudahan sebegini.

"Sukar" adalah kerna terdapat jenis gangguan yg sukar dikenal pasti manakala
"Tiada kesudahan" adalah kerna simptom dan gejala penyakit yang sentiasa bertambah serta berulang-ulang.

Contoh mudah jenis-jenis penyakit / gangguan kronik seperti ini ialah seperti Penyakit gila (ada sehingga memijak Al-Quran), Sawan, Meroyan, Hilang ingatan, Koma, Muntah Darah berpanjangan dan sebagainya.

Kebiasaannya, punca penyakit/gangguan kronik ini adalah kerna Sihir yang Berulang-ulang, Amalan yang salah, Tempias Solat Hajat / Yassin yang termakbul, bahana teknik bakar bata, Kifarah diri sendiri dan pelbagai lagi.

Untuk menangani gangguan sebegini, kaedah yang sesuai dilaksanakan ada melalui Solat Hajat, Yassin Mubin dan beberapa Kaedah Mandian.

Perawat perlu melakukan ketiga-tiga kaedah di atas selama 40 hari berturut-turut bergantung kepada keadaan pesakit tersebut.

Perawat disyorkan berada berdekatan dengan pesakit untuk memantau tahap kesembuhan dan persekitaran pesakit.

Alhamdulillah.. Pusat Rawatan Syahadah menawarkan khidmat yang diterangkan di atas.

InsyaAllah perawat akan memantau secara khusus pesakit tersebut dan melaksanakan kaedah rawatan yang diterangkan di atas.


Khidmat ini terbuka untuk seluruh Malaysia. (sila sediakan penginapan utk Perawat, jika perawat terpaksa bermalam sehari dua untuk memantau pesakit)

Sila hubungi Sdra. ADIPUTRA 0129593810 untuk maklumat lanjut. 

Bayaran minimum bagi khidmat yang diterangkan dan  disediakan di atas adalah RM2500 untuk selama tempoh 40 hari tersebut.

Wallahualam.